Posts

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

Image
 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradangan kulit yang berlaku apabila kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.Dan mereka sangat menjengkelkan untuk menangani, bukan? Nah, itu tidak akan berlaku lagi. Kami membawa kepada anda senarai ubat semulajadi terbaik yang dapat membantu anda untuk menghilangkan jerawat dalam semalam. Anda juga akan mengetahui beberapa penyebab jerawat, jenis-jenis jerawat dan cara untuk menghilangkannya. Apa yang menyebabkan jerawat? 1. Lapisan Berlebihan Sel Kulit Mati Kulit anda secara semula jadi menghilangkan lapisan sel kulit mati. Namun terdapat sesetengah sel kulit mati tersekat pada sebum, yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Pori-pori yang disekat menjadi jerawat. 2. Keturunan Sekiranya anda mempunyai masalah genetik, jerawat di muka akan kembali semula sepanjang hayat anda. Rasional genetik di belakangn

PURGING VS BREAKOUT

Image
PURGING VS BREAKOUT Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka? Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout. Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout? Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut? Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami. . PURGING Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging. Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus. Kulit anda akan kemungkinan akan

Sup Bebola Ikan dan Cendawan

Image
Sup Bebola Ikan dan Cendawan Jika anda tak lalu untuk makan banyak atau tidak berselera untuk makan dek kerana melihat duit anda yang semakin berkurangan,resepi ini pasti mengubatkan hati anda yang lara. Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil) (RM4.80) 10 bebola ikan (dibelah dua) (RM0.60) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis) (RM1.50) 1 cawan air ¼ lad sulah ¼ garam Cara-Cara: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup. Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan. Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam. Padamkan api.

Ayam Masak Kicap

Image
Ayam Masak Kicap Rakyat Malaysia cintakan daging. Kita tak dapat bertahan lama tanpa makan daging dan masalah kewangan pun tidak dapat membuatkan anda fikir dua kali untuk membeli daging demi kepuasan anda. Resepi mudah dan termudah untuk masakan berdaging semestinyalah resepi Ayam Masak Kicap. Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah memasak! Bahan-Bahan: 1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng (RM3.00) ½ cawan kicap manis (RM1.06) ½ bawang Holland, dipotong dadu (RM0.67) 1 biji cili merah (RM0.10) 1 biji cili padi (RM0.01) Daun kari (RM0.10) Bahan kisar: 3 ulas bawang merah (RM0.48) 2 ulas bawang putih (RM0.03) Cara-Cara: Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.

Ikan Bilis Tempe Goreng

Image
Ikan Bilis Tempe Goreng Jika anda mahu berdiet dan tak mahu berkompromi dengan rasa dan kekenyangan anda, inilah resepi paling sesuai untuk dicuba. Sama ada dimakan dengan nasi atau ini, inilah resepi murah yang tidak akan basi jika disimpan dengan bail. Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis. Dengan bajet sebanyak RM10, tiada masalah untuk anda dapatkan bahan-bahan tersebut. Bahan-Bahan: 1 cawan ikan bilis, digoreng (RM0.34) 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup (RM0.50) 3 sudu besar (37.5g) cili boh (RM0.08) 5 ulas bawang merah, dikisar (RM2.80) Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

Cendawan Masak Lemak Cili Api

Image
Cendawan Masak Lemak Cili Api Jika anda seorang yang kaki makan sayur atau sukakan makanan pedas, inilah hidangan yang anda patut cuba. Kami yakin, sekali anda cubanya, anda mahu makannya berkali-kali. Lazimnya, masak lemak dimasak menggunakan daging lembu, ayam atau ikan. Namun begitu, masak lemak juga boleh dimasak menggunakan sayuran juga. Anda mungkin berasa ragu-ragu tapi resepi masak lemak sayur ini pasti membuatkan anda terfikir untuk jadi vegetarian nanti. Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (potong kecil) (RM4.80) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) ½  sudu besar udang kering (direndam & ditapis) (RM0.50) 1 cawan (170g) air 200g santan (RM1.67) ½ sudu kecil kunyit (RM0.08) Seinci batang serai (RM0.11) Seinci halia (RM0.50) 10 biji cili padi (RM0.10) 1 biji cili merah (RM0.10) Cara-Cara: Letakkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis, bawang besar, bawang putuh, cili padi, kunyit dan

Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng

Image
Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng Sedapnya nasi goreng kampung Adakah anda tahu bahawa terdapat lebih satu juta jenis nasi goreng di seluruh dunia? Ok, nombor itu mungkin keterlaluan tetapi kami rasa anda mungkin boleh melalui setahun tanpa memasak gaya nasi goreng yang sama. Ambil hidangan klasik nasi goreng kampung yang kami berkongsi dengan anda hari ini sebagai contoh, pasti gaya masakannya berbeza dari kampung ke kampung, restoran ke restoran, dan juga rumah ke rumah. Kami telah menikmati nasi goreng kampung yang pedas gila, perang atau gelap warnanya, dihidang bersama ikan bilis goreng atau bawang goreng, dengan daging lembu, ayam atau udang, banyak sayuran, tiada sayuran, dan macam-macam jenis lagi. Sebenarnya, tidak ada resepi nasi goreng kampung yang salah atau betul, selagi ia sedap, semua orang akan menikmati apa sahaja gaya atau bahan-bahan yang anda ingin mengguna. Tetapi sebelum anda mula bereksperimen dan cuba membuat nasi goreng kampung yang kompl