Posts

Showing posts from December, 2018

Sup Bebola Ikan dan Cendawan

Image
Sup Bebola Ikan dan Cendawan Jika anda tak lalu untuk makan banyak atau tidak berselera untuk makan dek kerana melihat duit anda yang semakin berkurangan,resepi ini pasti mengubatkan hati anda yang lara. Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil) (RM4.80) 10 bebola ikan (dibelah dua) (RM0.60) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis) (RM1.50) 1 cawan air ¼ lad sulah ¼ garam Cara-Cara: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup. Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan. Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam. Padamkan api.

Ayam Masak Kicap

Image
Ayam Masak Kicap Rakyat Malaysia cintakan daging. Kita tak dapat bertahan lama tanpa makan daging dan masalah kewangan pun tidak dapat membuatkan anda fikir dua kali untuk membeli daging demi kepuasan anda. Resepi mudah dan termudah untuk masakan berdaging semestinyalah resepi Ayam Masak Kicap. Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah memasak! Bahan-Bahan: 1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng (RM3.00) ½ cawan kicap manis (RM1.06) ½ bawang Holland, dipotong dadu (RM0.67) 1 biji cili merah (RM0.10) 1 biji cili padi (RM0.01) Daun kari (RM0.10) Bahan kisar: 3 ulas bawang merah (RM0.48) 2 ulas bawang putih (RM0.03) Cara-Cara: Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.

Ikan Bilis Tempe Goreng

Image
Ikan Bilis Tempe Goreng Jika anda mahu berdiet dan tak mahu berkompromi dengan rasa dan kekenyangan anda, inilah resepi paling sesuai untuk dicuba. Sama ada dimakan dengan nasi atau ini, inilah resepi murah yang tidak akan basi jika disimpan dengan bail. Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis. Dengan bajet sebanyak RM10, tiada masalah untuk anda dapatkan bahan-bahan tersebut. Bahan-Bahan: 1 cawan ikan bilis, digoreng (RM0.34) 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup (RM0.50) 3 sudu besar (37.5g) cili boh (RM0.08) 5 ulas bawang merah, dikisar (RM2.80) Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

Cendawan Masak Lemak Cili Api

Image
Cendawan Masak Lemak Cili Api Jika anda seorang yang kaki makan sayur atau sukakan makanan pedas, inilah hidangan yang anda patut cuba. Kami yakin, sekali anda cubanya, anda mahu makannya berkali-kali. Lazimnya, masak lemak dimasak menggunakan daging lembu, ayam atau ikan. Namun begitu, masak lemak juga boleh dimasak menggunakan sayuran juga. Anda mungkin berasa ragu-ragu tapi resepi masak lemak sayur ini pasti membuatkan anda terfikir untuk jadi vegetarian nanti. Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (potong kecil) (RM4.80) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) ½  sudu besar udang kering (direndam & ditapis) (RM0.50) 1 cawan (170g) air 200g santan (RM1.67) ½ sudu kecil kunyit (RM0.08) Seinci batang serai (RM0.11) Seinci halia (RM0.50) 10 biji cili padi (RM0.10) 1 biji cili merah (RM0.10) Cara-Cara: Letakkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis, bawang besar, bawang putuh, cili padi, kunyit dan

Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng

Image
Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng Sedapnya nasi goreng kampung Adakah anda tahu bahawa terdapat lebih satu juta jenis nasi goreng di seluruh dunia? Ok, nombor itu mungkin keterlaluan tetapi kami rasa anda mungkin boleh melalui setahun tanpa memasak gaya nasi goreng yang sama. Ambil hidangan klasik nasi goreng kampung yang kami berkongsi dengan anda hari ini sebagai contoh, pasti gaya masakannya berbeza dari kampung ke kampung, restoran ke restoran, dan juga rumah ke rumah. Kami telah menikmati nasi goreng kampung yang pedas gila, perang atau gelap warnanya, dihidang bersama ikan bilis goreng atau bawang goreng, dengan daging lembu, ayam atau udang, banyak sayuran, tiada sayuran, dan macam-macam jenis lagi. Sebenarnya, tidak ada resepi nasi goreng kampung yang salah atau betul, selagi ia sedap, semua orang akan menikmati apa sahaja gaya atau bahan-bahan yang anda ingin mengguna. Tetapi sebelum anda mula bereksperimen dan cuba membuat nasi goreng kampung yang kompl

ayam masak sos

Ayam masak sos Bahan-bahan diperlukan: beberapa ketul ayam ikut suka berapa org mkn 1 labu bwg besar 2 ulas bwg merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 5 biji cli hijau 1 sudu sos tiram 3 sudu sos cili sedikit kicap manis dan kicap masin minyak untuk goreng ayam dan menumis Cara menyediakan dan memasak: ayam diperap dgn bwg putih dan halia yg yg telah ditumbuk dan digaul bersama garam kunyit....dibiarkan seketika kemudian bolehlah menggoreng ayam sehingga garing...kemudian angkat ayam tersebut dgn menggunakan minyak yg sama cuma buang stgh dr minyak goreng ayam tersebut bolehlah menumis bawang merah dan bawang besar yg tlh dihiris kemudian masukkan cili padi yg tlh diketuk..seterusnya masukkan sos tiram,sos cili, kicap masin dan kicap manis...last sekali masukkan ayam yg tlh digoreng tadi....sedia untuk dihidang.

Ayam Masak Merah Simple & Sedap

Ayam Masak Merah Simple & Sedap Bahan-bahan diperlukan: 1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit ## Bahan-bahan kisar ## 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato ## Bahan Hias ## 1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Roti Johan

Image
Roti Johan Bahan-bahannya: Telur Serbuk perasa Lada putih Daun sup Bawang putih goreng Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais) Kobis yang diracik halus Cara-cara membuatnya: 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

Sambal sardin goreng rasa lapar

Image
Sambal sardin goreng rasa lapar Bahan-bahannya: 1 tin sardin 4 ulas bawang putih 15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas) Bawang besar - hiris Garam Serbuk perasa Cara-cara membuatnya: Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi. Balik balikkan ikan supaya masak rata. Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.

Nasi goreng Ayahanda

Image
Nasi goreng Ayahanda Bahan-bahannya: 6 cawan nasi putih 3 sudu besar udang kering - direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan. 3 biji telur 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 sudu teh lada hitam 1 biji cili merah dihiris Garam, gula dan perasa  Minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya: Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.